TAHNIAH! ANDA TERPILIH UNTUK MEMBANTU ANAK-ANAK PONDOK, WARGA EMAS DAN PIHAK PONDOK RAUDHATUL MUHAMMADI DENGAN HULURAN IKHLAS ANDA SEMUA.
Pondok Raudhatul Muhammadi secara rasminya telah ditubuhkan pada 16 Jun 2013 dan diasaskan oleh Tuan Guru Haji Muhammad @ Ismail Bin Awang Teh yang juga dikenali sebagai Pok Su Haji Weil. Pondok ini didirikan di atas sebidang tanah seluas 6 hektar yang diwakafkan oleh keluarga isteri Tuan Guru.
Buat masa ini, Pondok Raudhatul Muhammadi menekankan kurikurulum berdasarkan kitab turath yang diajar oleh para guru yang bertauliah dan berpengalaman. Tidak lupa juga, program berbentuk daurah dan tausiah kitab-kitab dari ulama’-ulama’ yang masyhur seantero Asia antaranya ialah Syeikh Nuruddin Al Banjari dan beberapa tokoh ulama’ lagi.
ALAMAT PONDOK
Pondok Raudhatul Muhammadi, Kampung Tasik Nibong, Bukit Jeruk, 22020 Jerteh Terengganu.
TUJUAN KEPERLUAN
Pondok Raudhatul Muhammadi masih memerlukan sumbangan anda semua untuk menyiapkan pembinaan rumah guru dan menyediakan prasarana yang lebih selesa bagi menampung anggaran pelajar dan warga emas sebanyak 1000 orang.
Inisiatif ini diambil untuk menyediakan keselesaan dan kemudahan buat seluruh warga Pondok Raudhatul Muhammadi terutama warga emas yang kian menginjak ke usia setaraf ayah dan ibu kita.
PROGRESS AKTIVITI PELAJAR PONDOK
Walaupun tidak diluahkan, namun ketidakselesaan jelas terpapar di wajah anak-anak dan warga emas yang terpaksa bersesak-sesak dan masih dikelilingi bangunan dan keadaan yang masih belum sempurna binaannya.
Semoga dengan sumbangan tuan/puan, mampu menyediakan keselesaan dan kebahagiaan buat kesemua lapisan warga Pondok Raudhatul Muhammadi, yang mewakafkan diri untuk menuntut ilmu agama sepanjang hayat usia mereka. InsyaAllah!
KELEBIHAN MENYUMBANG
✅ Menghadirkan senyuman di wajah anak-anak dan warga emas Pondok Raudhatul Muhammadi yang mewakafkan diri untuk menimba ilmu agama.
✅ Menjadi obor pembakar semangat buat para tenaga pengajar yang tidak pernah lelah dalam memberi didikan agama dan akademik.
Untuk pengetahuan pihak tuan-tuan dan puan-puan, pembinaan bangunan dan perbelanjaan untuk keperluan fasiliti Pondok serta kebajikan anak-anak pelajar dan warga emas boleh mencecah kos hampir RM500,000. Namun, sehingga kini sumbangan terkumpul untuk projek ini masih jauh dari sasaran sebenar.
APAKAH YANG DIPERLUKAN
Bagi menjayakan projek pembangunan dan kos keperluan fasiliti di Pondok Raudhatul Muhammadi, pihak kami memerlukan sekurang-kurangnya RM60,000 sebulan dan anggaran kos keseluruhan boleh mencecah hampir RM 500,000.
Dengan bantuan daripada para dermawan sekalian, sedikit sebanyak dapat membantu dana pembangunan dan pengurusan Pondok Raudhatul Muhammadi dengan lebih lancar.
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG
Untuk memudahkan pihak tuan/puan melakukan sumbangan, pihak kami menyediakan pakej tajaan seperti berikut:
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:
MAYBANK BERHAD
5630 2863 4304
DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN
REFERENCE: "DERMA PRM"
*Sila letakkan reference “DERMA PRM” untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)
Sedekah itu tidaklah sama dengan pengiraan Matematik. Pengiraan Matematik akan berkurang apabila kita memberi, TETAPI ajaibnya apabila kita bersedekah ianya tidak akan mengurangi harta dan kekayaan kita walau sedikit pun.
Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki sekaligus menghadirkan senyuman di wajah anak-anak yatim, faqir miskin dan anak golongan B40 serta seluruh warga emas Pondok Raudhatul Muhammadi untuk menimba ilmu dalam keadaan selesa dan beraktiviti seperti orang lain seusia mereka.
Terima kasih kerana turut menjadi obor pembakar semangat buat tenaga pengajar Pondok Raudhatul Muhammadi yang tidak pernah lelah dalam memberi didikan agama buat seluruh warga pondok ini.
Tiada kata yang mampu diucapkan selain mendoakan semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, memberikan keampunan dosa dan menunaikan segala hajat para penderma sekalian.