Akaun pondokraudhatulmuhammadi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TABUNG SEDEKAH

PONDOK RAUDHATUL MUHAMMADI 1442H

“TERIMA KASIH! ASBAB SEDEKAH ANDA, SENYUMAN TERUKIR DI BIBIR ANAK-ANAK DAN WARGA EMAS SEUSIA IBU AYAH KITA DI KAMPUNG DALAM MENUNTUT ILMU AGAMA DI PONDOK RAUDHATUL MUHAMMADI”




Pondok Raudhatul Muhammadi secara rasminya telah ditubuhkan pada 16 Jun 2013 dan diasaskan oleh Tuan Guru Haji Muhammad @ Ismail Bin Awang Teh yang juga dikenali sebagai Pok Su Haji Weil. Pondok ini didirikan di atas sebidang tanah seluas 6 hektar yang diwakafkan oleh keluarga isteri Tuan Guru.


Buat masa ini, Pondok Raudhatul Muhammadi menekankan kurikurulum berdasarkan kitab turath yang diajar oleh para guru yang bertauliah dan berpengalaman. Tidak lupa juga, program berbentuk daurah dan tausiah kitab-kitab dari ulama’-ulama’ yang masyhur seantero Asia antaranya ialah Syeikh Nuruddin Al Banjari dan beberapa tokoh ulama’ lagi.



ALAMAT PONDOK

Pondok Raudhatul Muhammadi, Kampung Tasik Nibong, Bukit Jeruk, 22020 Jerteh Terengganu.




TUJUAN KEPERLUAN

Pada Ramadan tahun ini, Pondok Raudhatul Muhammadi amat memerlukan sumbangan anda semua untuk menambah baik bangunan dan menyediakan infrastruktur yang lebih selesa bagi menampung anggaran pelajar dan warga emas sebanyak 1000 orang.




Inisiatif ini diambil untuk 
menyediakan keselesaan dan kemudahan buat seluruh warga Pondok Raudhatul Muhammadi terutama yang kian menginjak ke usia setaraf ayah dan ibu kita.




Walaupun tidak diluahkan, namun 
jelas di wajah anak-anak dan warga emas itu akan ketidakselesaan kerana terpaksa bersesak-sesak dan masih dikelilingi bangunan dan keadaan yang masih belum sempurna binaanya.




Semoga dengan sumbangan semua, mampu menyediakan keselesaan dan kebahagiaan buat anak-anak dan warga emas Pondok Raudhatul Muhammadi yang mewakafkan diri untuk menuntut ilmu agama sepanjang hayat usia mereka. In sya Allah!


KELEBIHAN MENYUMBANG 

  Pembinaan bangunan dan keperluan fasiliti Pondok Raudhatul Muhammadi.

 Menghadirkan senyuman di wajah anak-anak dan warga emas Pondok Raudhatul Muhammadi yang mewakafkan diri untuk menimba ilmu agama.

 Menjadi obor pembakar semangat buat para tenaga pengajar yang tidak pernah lelah dalam memberi didikan agama dan akademik.


Untuk pengetahuan pihak tuan-tuan dan puan-puan, pembinaan bangunan dan perbelanjaan untuk keperluan fasiliti Pondok serta kebajikan anak-anak pelajar dan warga emas boleh mencecah kos hampir RM850,000. Namun, sehingga kini tabung infaq untuk projek ini masih jauh dari sasaran sebenar.



TABUNG SEDEKAH RAMADAN

PONDOK RAUDHATUL MUHAMMADI

RM850,000


Sumbangan para dermawan semua amat diperlukan untuk meneruskan projek pembinaan dan kebajikan ini.

Melalui bantuan tuan-tuan dan puan-puan, tabung sedekah ramadan untuk Pondok Raudhatul Muhammadi akan dapat dipenuhkan dan projek ini akan disiapkan dengan secepat mungkin. Sekaligus memberi manfaat buat seluruh warga pondok dan masyarakat di sekitarnya.



APAKAH YANG DIPERLUKAN

Bagi menjayakan projek pembangunan dan kos keperluan fasiliti di Pondok Raudhatul Muhammadi, pihak kami memerlukan sekurang-kurangnya RM60,000 sebulan dan anggaran kos keseluruhan boleh mencecah hampir RM 850,000.


Pecahan kos yang diperlukan adalah seperti berikut:




Dengan bantuan daripada para dermawan sekalian, sedikit sebanyak dapat membantu dana pembangunan dan pengurusan Pondok Raudhatul Muhammadi dengan lebih lancar.




BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG


Untuk memudahkan pihak tuan/puan melakukan sumbangan, pihak kami menyediakan pakej tajaan seperti berikut:




Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:

 

MAYBANK BERHAD

5630 2863 4304

DANA PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN

REFERENCE: "DERMA PRM"

*Sila letakkan reference  “DERMA PRM”   untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.





Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya: “Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)


Sedekah itu tidaklah sama dengan pengiraan Matematik. Pengiraan Matematik akan berkurang apabila kita memberi, TETAPI ajaibnya apabila kita bersedekah ianya tidak akan mengurangi harta dan kekayaan kita walau sedikit pun.




 Terima kasih kerana menjadi insan terpilih untuk hadirkan senyuman di wajah anak-anak yatim, faqir miskin dan anak golongan B40 serta seluruh warga emas Pondok Raudhatul Muhammadi untuk menimba ilmu dalam keadaan selesa dan beraktiviti seperti orang lain seusia mereka.

 

Terima kasih kerana turut menjadi obor pembakar semangat buat tenaga pengajar Pondok Raudhatul Muhammadi yang tidak pernah lelah dalam memberi didikan agama buat seluruh warga pondok ini.

 

Tiada kata yang mampu diucapkan selain mendoakan semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, memberikan keampunan dosa dan menunaikan segala hajat para penderma sekalian.


Penafian:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +6019-9872964.